Thứ Hai, 25 tháng 4, 2011

Mentor 5, Pusingan 3 : Salma & Iqa Bersaing Hebat, Anuar Zain Buat Kemunculan Khas.

Konsert Mentor Musim ke-5, pusingan ketiga kumpulan B yang berlangsung malam tadi di Dewan Auditorium, MBSA Shah Alam menampilkan persaingan sengit antara Salma & Iqa.

Salma berduet bersama Azlan The Typewriter untuk lagu Jeritan Batinku – P.Ramlee, gabungan ideal yang berjaya memukau ramai penonton termasuk kami yang berada di rumah. Manakala, medley Penasaran/Kopi Dangdut/Khabi Kushi Khabi Gham yang disampaikan oleh Salma berada di tahap yang membanggakan.

Iqa, protege Edry dilihat memberikan saingan hebat buat Salma apabila menyampaikan lagu Merisik Khabar – Sudirman. Setelah 3 pusingan bersiaran, semalam kami mendapati Iqa mempunyai potensi besar sebagai bintang baru, ditambah lagi pakej rupa yang cantik. Rasanya, Edry membuat pilihan protege yang tepat. Hasil kreatif Edry juga menyaksikan Iqa menyampaikan lagu gabungan Bad Romance (Lady Gaga) & Ganas (Kru), cukup genius.

Aiman pula, terpaksa bersaing jauh dengan Iqa & Salma yang meninggalkannya jauh. Kali ini bersesuaian dengan vokal, Aiman menyampaikan lagu Noktah Cinta (Hafiz), dan duet bersama Roy untuk lagu Ratnaku. Pada kami, persembahannya masih di tahap biasa-biasa.

Kemunculan istimewa Nora bersama anaknya untuk sesi Peserta Ujibakat Pililhan, iaitu Shakir. Mereka mempersembahkan lagu Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha Ungu). Tak sangka, dah besar panjang anak Nora, muka seiras bapanya.

Persembahan akhir menyaksikan Aiman, Iqa & Salma memyanyikan lagu bonus tribute kepada Anuar Zain. Apatah lagi, Anuar Zain turut membuat kemunculan khas, menjerit lah peminatnya semua. Enjoice koleksi gambar daripada Media Rakyat selepas ini.

Aiman mentor 5_Rahim maarof (1)Aiman mentor 5_Rahim maarof (3)Aiman mentor 5_Rahim maarof (6)Aiman mentor 5_Rahim maarof (9)Iqa mentor 5_Edry KRU (4)Iqa mentor 5_Edry KRU (5)Iqa mentor 5_Edry KRU (6)Iqa mentor 5_Edry KRU (7)Iqa mentor 5_Edry KRU (9)Iqa mentor 5_Edry KRU (10)Iqa mentor 5_Edry KRU (12)Iqa mentor 5_Edry KRU (13)Iqa mentor 5_Edry KRU (14)Mentor 5 musim ke 5_kumpulan B (1)Mentor 5 musim ke 5_kumpulan B (3)Mentor 5 musim ke 5_kumpulan B (4)Mentor 5 musim ke 5_kumpulan B (6)Mentor 5 musim ke 5_kumpulan B (7)Mentor 5 musim ke 5_kumpulan B (8)Mentor 5 musim ke 5_kumpulan B (9)Mentor 5 musim ke 5_kumpulan B (10)Mentor 5 musim ke 5_kumpulan B (13)Salma mentor 5_Erra Fazira (2)Salma mentor 5_Erra Fazira (3)Salma mentor 5_Erra Fazira (4)Salma mentor 5_Erra Fazira (6)Salma mentor 5_Erra Fazira (7)Salma mentor 5_Erra Fazira (8)Salma mentor 5_Erra Fazira (9)Salma mentor 5_Erra Fazira (10)Salma mentor 5_Erra Fazira (13)Salma mentor 5_Erra Fazira (14)
Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét