Thứ Hai, 25 tháng 4, 2011

Anuar Zain Di Mini Karnival Nasi Lemak Kopi O.

Ops, mak-mak jangan merembes tengok Anuar Zain ye!

Nasi Lemak Kopi O yang memasuki tahun ke-empat bersiaran di TV9 dengan pengacara dan personaliti TV9 telah turun padang memeriahkan karnival Nasi Lemak Kopi O antaranya Aziz Desa, Farah Anuar, Sharifah Shahira, Fateen Gadis Melayu, Ashraf Muslim dan Sharifah Nur. Krew dan pihak penerbitan berbesar hati berpeluang bersama-sama menyambut ulang tahun ke-lima TV9 atas sokongan daripada penonton setia TV9 dan Nasi Lemak Kopi O meraikan ulang tahun ini dengan penuh kemeriahan.

TV9 turut menjemput 40 anak-anak yatim dari Rumah Al-Ijabah, Puchong, 40 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang, serta 15 pesakit kanak-kanak dari Institut Pediatrik Kuala Lumpur.

Sambutan ulang tahun TV9 diraikan dengan mini karnival Nasi Lemak Kopi O yang diadakan pada 22 April 2011, hari Jumaat bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bersiaran secara langsung di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama.
Anuar ZainAlyahAnuar ZainFarah Anuar dan Fatheenkrew Nasi Lemak Kopi OMisha Omar


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét