Salam hari Isnin. Dah hari Isnin pun.
Harap harap pembaca setia ohbulan dan pembenci OHBULAN! semua dalam keadaan sihat hendaknya. Kami suka guna perkataan benci sebab ia sebenarnya lebih kepada love and hate relationship kan. Menchi menchi pun, tekan jugak keyboard tu untuk ke sini. Tak apa, kami tak marah. Apatah lagi pada komen-komen sebab anda memiliki pandangan tersendiri terhadap sesuatu perkara.
Cuma, kekadang kita perlu kawal diri kita dari terlalu personal atau menggunakan perkataan tak elok kan. Wah, dah macam tazkirah pulak kami ni kan.
Apapun, kami nak bercerita sikit ni.
Pada 16 dan 17 April lalu, kami sempat membawa diri yang lara ni ke selatan tanahair untuk bertemu seorang blogger yang juga wartawan sebuah stesen televisyen swasta, Hazrey. Ya, kami berkawan baik dengan dia.
Baik orangnya. Kami pun terharu sebab dia menjadi tuan rumah yang baik dari saat kami tiba sehinggalah kami pulang semula ke ibukota.
Kelakar pun ya orangnya.
Pertemuan itu bukan pertama kali buat kami kerana sebelum ini kami sempat bertemu dengannya di Kuala Lumpur ni, dan selepas itu banyak yang kami perbincangkan untuk masa depan kami. Eh, kenapa dah macam cerita artis nak berumahtangga pulak ni? Haha.
Berbalik kepada trip kami ke Johor Bahru tu, Hazrey turut menulis mengenainya di artikel Big Surprise tentang satu pendedahan besar yang turut melibatkan kami. Ya, kami juga ‘partner in crime’ dalam pendedahan itu!
Ia sememangnya satu kejutan yang kami pun pada mulanya agak sangsi tetapi selepas ditunjukkan pelbagai bukti dan kredibiliti rakan kami itu sendiri berjaya menyakinkan kami di OHBULAN!
Bak kata orang, diluah mati mak, ditelan mati bapak. Kalau tak diberitahu pada penyokong setia OHBULAN!, kami merasakan ia sesuatu yang tidak adil. Dan mungkin juga, kami memerlukan bantuan anda dalam memperlengkapkan pendedahan yang besar itu.
Apa yang kami mampu katakan setakat ini, ia melibatkan beberapa artis tempatan dan seorang selebriti televisyen dan mungkin juga ada blogger yang terlibat.
Sungguh kami tak sangka.
Apapun, tunggu apabila kami dapat kisah sepenuhnya nanti sebaik semuanya disahkan! Harap anda semua bersabar ya. Nantikan ya!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét